Macam-macam ada di Facebook

•November 29, 2009 • Leave a Comment

Facebook amat popular sekarang kerana kebanyakannya ramai yang menggunakannya sebagai tujuan untuk menemukan kembali sahabat-sahabat lama yang telah terpisah sekian lama.

Ada yang berhasrat untuk menyambung kembali silaturrahim sesama kerana Allah jua. Tetapi ada juga yang hanya suka-suka mencari sahabat, bukan kenal pun. Hendak menambah rakan pun tidaklah sesukar mana, hanya klik sahaja menu yang diperlukan. Tapi aneh, ada yang hendak menambah rakan, tetapi hendak kata memang hendak berukhuwwah tidak pula semuanya yang disambung.

Ada juga rakan sekolah dulu yang tidak juga berjumpa-jumpa, maklumlah inilah akibatnya tiada buku yang menyimpan alamat-alamat dan nama kawan-kawan sekolah dulu. Masa itu tidak terfikir akan ada wujudnya Facebook. Dimana agaknya rakan-rakan lama, harap-harap berjumpa juga kami nanti.

Untuk berkongsi apa sahaja maklumat seperti sangat mudah, tetapi hati-hatilah sebab kita semua tahu ianya milik siapa. Setiap aplikasi akan meminta kita mengizinkan data kita dikongsi,  memang tidak jelas apa yang dimaksudkan, setiap aplikasi ada “tol” yang perlu dibayar dulu. Bukan dengan duit, tetapi dengan izin kita sendiri, untuk tujuan apa? Wallahu `alam.

Tetapi ada suatu perkara yang mungkin orang jarang perasan ialah bergurau tanpa hati-hati di Facebook. Sudah berjumpa masing-masing teruja nak berseloroh, tetapi LUPA akan banyaknya mata memandang dan membaca. Di sana ada berbagai ragam manusia. Ada yang suka beramah mesra, ada yang “terlebih sudah”, ada yang iri hati malah ada yang tidak ambil kisah.

IKTIBAR yang kita ingin ambil di sini, bila ada yang bertujuan JAHAT.Mereka bukan sahaja membaca komen orang lain, tetapi mereka menyampaikan pula kepada pihak lain dan boleh diklasifikasikan sebagai “mengadu domba”. Bukan mereka tidak tahu mengadu domba itu berdosa besar. Tegakah mereka jika berlaku perbalahan antara keluarga. Bukankah lebih baik bersemuka dengan orang yg ingin ditegur dengan cara lebih berhikmah, beritahu dengan baik kerana jika kita bertujuan yang ikhlas kerana Allah, kita sepatutnya tahu apa yang terbaik untuk itu.

Apapun, bagi yang hatinya masih ada titik hitam, insaflah… belajarlah untuk mengenali diri kita dulu. Gunalah Facebook untuk menyampaikan tentang Islam ke, berkongsi ilmu yang bermanfaat ke,ikutlah kemampuan yang kita ada. Itu lebih baik.

Miracle Fatima, 2 years old girl

•November 29, 2009 • Leave a Comment

Salam `Idul Adha buat semua yang sudi mengunjungi blog ini.

Hari ini terjumpa satu video di Youtube yang agak menakjubkan hati kecil ini. Seorang anak kecil yang begitu comel bernama Fatima dalam usia terlalu muda telah mampu menjawab soalan-soalan tentang agama dengan begitu lancar sekali. Di sini saya ingin berkongsi bersama-sama kalian video ini.

Budaya ‘Songsang ” Turun Menurun Melayu Ketika Ramadhan”

•August 31, 2009 • 2 Comments

Lama sungguh tidak post apa-apa. Maaf sejak berkabung haritu terasa macam blur pulak. Alhamdulillah masuk facebook banyak jugak dapat menimba ilmu bersama rakan-rakan yang lain. Itulah indahnya ukhuwwah dalam Islam. Teman lama dapat berjumpa, sahabat baru yang tidak pernah mengenali pun datang menghulur persahabatan.

Di sini saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat di facebook. Artikel ini adalah dari sahabat baik Dr Tengku Asmadi sendiri:

********************************************************************

Budaya ‘Songsang ” Turun Menurun Melayu Ketika Ramadhan

Dipetik dari blog sahabat saya yang juga AJK TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia), Dr. Yusof Abas.

Renungkanlah …

Budaya ‘Songsang” Turun Menurun Melayu Ketika Ramadhan

1. Dalam banyak perkara, orang Melayu menganggap orang Arab tidak memberi contoh yang baik beramal dengan amalan Islam. Tetapi ketahuilah satu budaya turun menurun orang Arab, khasnya di Saudi dan Mesir, di mana mereka ‘berpesta’ / BERAYA sebulan Ramadhan. Sebaliknya mereka merayakan eidil fitri sehari dua sahaja. Dan tidak semeriah ketika menyambut Ramadhan. Emosi kegembiraan sudah sampai kemuncak pada akhir Ramadhan dan ada yang merasakan 1 syawal seperti hari biasa sahaja. Sebaliknya budaya orang Melayu pula sonsang / berlawanan dari budaya orang Arab ini !!

2. Hari ini , orang Melayu Malaysia bersama bangsa lain menyambut hari Merdeka kali ke 52. Sudah lama di seru supaya membebaskan diri dan bebaskan minda orang yang dijajah serta membuang budaya lapuk Melayu yang membantut kemajuan. Dan di katakan budaya itu sebahagiannya berjaya di hakis mengikut edaran masa dan Melayu semakin bersaing di dalam mengejar laba dunia khasnya di dalam pelajaran dan perniagaan. Walaupun ianya kelihatan lambat, tetapi tidak di sangkal ada perubahannya – Salam Merdeka kali ke 52.

3. Berbanding dengan budaya positif orang Arab menyambut Ramadhan dan edil Fitri, kelihatannya adalah SUKAR untuk DI HAKIS dari minda orang Melayu yang tidak bersungguh sepanjang Ramadhan, sebaliknya bersungguh-sungguh untuk sambutan beraya di akhir Ramadhan dan kemuncaknya sebaik menjelang 1 syawal.

4. Orang Arab tidak perlu bazar Ramadhan yang melimpah ruah juadahnya, kerana budaya bersedekah berbuka di kalangan orang Arab. Ada yang berkata, orang Arab ini menjadi MANUSIA TERBAIK pada bulan puasa. Mereka membuka khemah untuk juadah percuma berbuka, orang Melayu buka khemah juga tetapi berniaga sakan untuk duit raya! Peniaga bazar kita, ada yang RM 3-4 ribu- mengumpul profit, mereka mengumpul profit pahala ( wang akhirat).

5. Dahulu saya mempunyai pembantu rumah Indon yang pernah berkerja dengan orang Arab di Saudi. Katanya sepanjang Ramadhan majikannya bersama keluarga dan kenalan rapat kurang tidur pada malam hari dan dia yang menyediakan teh Arab, mereka beribadah pada bulan mulia ini. Rumah mereka lebih terang benderang pada malam hari berbanding bulan lain. Orang kita terang dengan cahaya lampu televisyen dan lebih terang bercahaya pada malam raya atau malam tujuh likur.

6. Gedung-gedung perniagaan mereka yang perniaganya juga orang Arab tidak mendapat keuntungan besar menjelang eidil fitri, kerana bukan budaya mereka untuk membeli pakaian berhelai-helai, bertukar langsir atau perabut. Orang kita pula menambah kayakan bangsa bukan Melayu, iklan raya mereka sejak bulan syaaban lagi. Malah pada sepuluh malam terakhir orang kita sudah berpusu-pusu BERIKTIKAF di gedung beli belah. Jemaah tarawih semakin susut. Memang betul budaya positif orang kita ramai berjemaah tarawih, tetapi macam kelkatu mencari cahaya pada musim hujan, mereka juga beribadah bermusim

7. Anak-anak muda Arab ini pula menjadi suasana lumrah mereka bertadarus Al Quran. Pernah seorang rakan yang berumrah pada bulan Ramadhan memberitahu, ketika di Madinah anak-anak muda Arab ini juga sempat bertadarus di dalam kedai sesama mereka. Anak-anak muda kita? Main mercun ye!. Orang dewasa Melayu ini bertadarus juga, malah ada majlis khas khatam AlQuran, cumanya selepas Ramadhan, ramai yang baca AlQuran malam Jumaat sahaja.

8. Sampai bila budaya songsang ini akan kita warisi ? Jika anak-anak muda masih sama mindanya dengan orang tuanya, boleh berubahkan budaya ini? Memang sukar untuk berubah yang bukan sahaja kerana faktor wang ringgit , tetapi lebih sukar apabila tidak di terapkan nilai hakiki Ramadhan ini. Tugas siapa pula ?

9.Di mulut sahaja mudah melafazkan cinta Ramadhan, tetapi umpama monyet mendapat bunga yang sangat cantik dan harum, bunga itu di carik-cariknya, sedangkan Ramadhan lebih indah dan lebih harum dari bunga itu!!

10. Aduhai duat, khasnya Melayu, tugas berat sedang menunggu dan semoga tidak pula tergolong seperti pengamal budaya songsang itu!

11. Bukan mencari silap, tetapi kesilapan itu mesti di betulkan.

http://bioibadah.blogspot.com

Perginya sebutir bintang yang menyinari industri nasyid tanahair…. Al Fatihah buat Ustaz Asri Rabbani

•August 13, 2009 • Leave a Comment

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Petikan Dari : http://www.mstar.com.my

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah

Tanggal 6 Ogos 2009, perginya seorang seniman

•August 13, 2009 • Leave a Comment

~ ~

Lawatan Kerja ke Terengganu Part 1

•July 27, 2009 • Leave a Comment

24hb Julai 2009…

Alahai, baru sekarang ni dapat nak letak kat blog. Jenuh mencari wayar USB nak upload gambar jadi tertangguh. Syukur jumpa juga… hehehe.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga menjejakkan kaki di tanah Terengganu. Memang belum pernah sampai ke sana sebelum ini. Ada juga rezeki untuk sampai ke sana, syukur ke hadrat Ilahi.

Bertolak ke Kuala Terengganu hari Jumaat malam lepas Isya’. Malam tu tiada aktiviti lain melainkan tidur…. zzzzzzzzzzz

25hb Julai 2009…

Tiba di Kuala Terengganu waktu Subuh. Sempat kami bersolat dahulu di surau berhampiran sebelum mengambil sarapan pagi di bandar Kuala Terengganu (lupa nama jalan). Ada sesuatu yang menarik perhatian saya, iaitu sebuah papan tanda sebuah kedai yang bertulisan Jawi. Dan boleh dikatakan kebanyakan kedai-kedai di situ telah menggunakan tulisan Jawi termasuklah kedai yang dimiliki oleh bangsa Cina atau India.

DSC01803Bagus juga jika semua papan tanda menggunakan tulisan Jawi memandangkan sudah ramai yang sudah terkial-kial membaca Jawi. Satu pendekatan yang baik untuk membiasakan kita menggunakan tulisan Jawi.

Kedai yang masih tertutup ini menarik perhatian saya ketika mencari kedai makan untuk bersarapan awal pagi bersama rakan yang lain sebelum kami bertolak ke Taman Tamadun Islam.

Walaupun keadaan kedai makan Melayu yang kami singgah bersarapan agak sederhana tetapi makanan dan minumannya sangat murah. Cuba bayangkan, harga sepinggan bihun goreng hanya RM 1.50 dan harga segelas kopi O ais hanya 50 sen sahaja. Di Ipoh pun tidak dapat harga kopi macam ini. 🙂

Selepas selesai bersarapan kami bergerak ke Taman Tamadun Islam untuk melawat Masjid Kristal dan replika masjid-masjid seluruh dunia di sini. Nampak real replika-replika itu semua. Sempat juga kami bergambar sebagai kenangan di sana.

DSC01806

DSC01813

DSC01825

DSC01841

DSC01835Ketika sedang berjalan sekitar Taman Tamadun Islam, terbau wangian yang biasa. Tercari-cari apakah bau itu. Rupa-rupanya sekitar tempat itu ditanam dengan pokok bunga Melur yang harum baunya. Patutlah.

Sempat mengambil gambar sambil itu.

Destinasi seterusnya menuju ke Taman Monumen yang menempatkan replika masjid-masjid seluruh dunia. Hendak masuk ke dalam kena beli tiket dulu.

Kami dibawa menaiki tren untuk bersiar sekitar Taman Monumen memandangkan kawasannya luas. Hehehe rasa tidak larat nak berjalan jauh, naik aja kemudahan yang ada. 🙂DSC01860

Disini agak teruja kerana replika masjid-masjid itu dibina amat menyerupai masjid sebenar, termasuklah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ada sebahagian binaan itu dibina agak besar kerana didalam bangunan disediakan tayangan audio dan pameran tentang masjid-masjid berkenaan. Tetapi saya dan sahabat tidak masuk kedalam, hanya mengambil gambar di luar sahaja.

Ketika tren berhenti ke destinasi yang terakhir, kami pergi semula ke binaan yang tidak sempat dilihat dari dekat. Ada binaan masjid yang amat tinggi, ada yang bertingkat dan ada berbagai bentuk yang agak unik. Antara gambar yang sempat di ambil (ini pun bukan letak semua), saya paparkan di sini:

DSC01868

Replika Masjid Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di Jerusalem, Palestin

Replika Blue Mosque

Replika Blue Mosque

DSC01884

Jangan bandingkan Marwa dengan MJ

•July 27, 2009 • Leave a Comment

pic 1 Seorang yang bernama Marwa el-Sherbini yang sebelum ini tidak pernah dikenali umum, tiba-tiba kisahnya yang paling menyayat hati menjadi liputan di internet masa kini. Perginya seorang mujahidah yang sanggup mempertahankan maruah kesucian seorang wanita melalui tudung yang melindungi auratnya selama ini.

Ikuti sebahagian daripada kisahnya di sini:

Kisahnya bermula pada Ogos 2008 di sebuah taman permainan di daerah Johannstadt, Dresden. Ketika itu, Marwa membawa anaknya Mustafa keluar bermain seperti kebiasaannya. Setelah lama bermain, akhirnya si anak meminta ibunya untuk bermain buaian yang waktu itu sedang dinaiki oleh seorang budak dan sebuah lagi oleh Alexander W, seorang penganggur warga German berketurunan Rusia. Lantas Marwa menyapa meminta izin untuk anaknya bermain buaian. Tetapi permohonan santun itu dibalas dengan penuh cacian dan kemarahan. Bukan sahaja Marwa dimaki sebagai pelacur, teroris, bahkan lelaki berbadan gempal itu berusaha menanggalkan tudung yang dipakai rapi oleh Marwa. Cacian dan makian lelaki ini tidak berakhir di situ tetapi berlanjut untuk hari-hari kemudiannya.

pic 2

Marwa dan suaminya akhirnya menuntut keadilan, lalu membawa kes ini ke muka pengadilan German. Alex telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak €780 atas kesalahan menghina dengan kata-kata kasar dan hasutan perkauman. Ternyata hukuman ciptaan manusia itu tidak dapat mencegah dari berulang perbuatan yang sama atau memadamkan perasaan benci lelaki itu tadi. Alex menyimpan dendam penuh kebencian dari hari ke hari. Akhirnya, pada 1 July 2009 seisi langit dan bumi menjadi saksi akan syahidnya seorang wanita berjiwa mulia lagi berani demi mempertahankan haknya memakai jilbab… Marwa yang tika itu sedang hamil 3 bulan, gugur hanya kerana selembar kain yang dipakai di atas kepala…

Kisah selanjutnya di sini : Perginya Seorang Marwa

____________________________________________________________________________________________

Memang kisah Marwa ni amat menyedihkan umat Islam, tergamak seorang lelaki Jerman yang dirasuk hantu membunuhnya sedemikian rupa. Memang kejam. Yang lebih anehnya di zaman tekonologi semua maklumat dihujung jari, kita hanya mendapat khabar ini bukanlah secara live tetapi agak lewat dua hari seperti yang dikhabarkan. Memang amat ketara di zaman yang dikatakan begitu maju masih lagi umat Islam didiskriminasikan.

Bukan ini sahaja yang ingin diutarakan di sini, tetapi saya pernah terbaca komen mengenai kisah ini juga telah dibandingkan dengan kisah MJ yang begitu meluas diperkatakan.

Umum sedia maklum dengan populariti MJ, sepatutnya tidak perlu dibandingkan kenapa cerita tentang Marwa tidak diperkatakan dengan meluas seperti MJ. MJ lain, dia artis yang sudah bertahun membina nama dan empayarnya, sedangkan Marwa kita sendiri pun tidak kenal insan mulia ini.

Lagi satu pemergian Marwa sendiri sebagai mujahidah solehah, saya rasa tidak wajar untuk dibandingkan dengan MJ yang sudah memang dikenali di seluruh dunia. Kematiannya sebagai syahid juga tidak dapat ditandingi oleh kematian MJ, jadi tidak perlu dibandingkan antara mereka ini. Allah lagi Maha Mengetahui. Siapa kita untuk membuat perbandingan itu.

Sungguhpun MJ meninggal sebegitu juga, siapalah kita untuk menghukumnya kerana Allah jua yang Maha Mengetahui. Macam contoh Allahyarham Sudirman dulu meninggal, macam-macam berita yang negatif kita dengar, tetapi akhirnya semua itu adalah fitnah. Kenapa media tidak membetulkan kembali kisah ini, sedangkan cerita negatif dulu dibiarkan berleluasa diperkatakan?

Sungguhpun Marwa tidak dikenali diseluruh dunia, tetapi dimata Allah itu lebih penting.

Al Fatihah buat Marwa. Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada, amin.