Kak Z! Saya dan Hijjaz datang nak makan… dan berjejak kasih… :) Part 1

Mula asalnya nak datang ke rumah kak Z dengan anak bongsu, tapi terpaksa buat keputusan agak drastik, memandangkan Izzati kena pergi sekolah hari ini.

Dapat bas pukul 11.45 pagi tapi biasalah, dah tunggu berminit-minit, bas bertolak tidaklah ikut masa sangat. Tapi macamana pun syukurlah sebab bas datang juga. Kalau delay, entah le. Teman tak tau nak cakap apa.🙂 Mujurlah datang ikut masa lebih kurang tu juga.

Sampai di Stesyen bas Bidor, Along (Syafique) datang ambil bawa ke rumah mereka di Jalan Kamaruddin, Bidor.

Allah je tahu betapa gementarnya hati saya tatkala tiba di perkarangan rumah kak Z dan abang Iqbal. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa Hijjaz dan kak Z sekeluarga.  I think!🙂 Rasa macam sudah lama… hehehe

Akhirnya kak Z muncul dan memberi salam. Terbalik pula, sepatutnya teman yang memberi salam. Terlambat tu bukan apa, sebab ingat nak mengejutkan mereka, hehehe tapi kak Z dah standby rupanya.

Rindunya ngan kak Z sbb sudah lama tidak bersua. Bersalam dan berpeluk sudah memang menjadi tradisi kami yang kerinduan… ahaks! Lepas tu giliran Ida (isteri Munif) dan Bi (isteri Isman) pula…. ehem ehem…. dengan diorang ni lagi lama tidak bersua, cuma bersua dengan Ida di Yahoo Messenger sahaja…. maklumlah kami jauh…

Hijjaz pun yang hadir cuma Isman dan Munif sekeluarga sahaja. Abai tdan juga Sarah sekeluarga idak dapat hadir kerana ada urusan yang lebih penting yang perlu diuruskan. Terasa macam tidak lengkap pula bila Abai sekeluarga tidak hadir sama, sebab kalau nak jumpa Hijjaz yang hadir semuanya bila masa ada show  sahaja. Tidak mengapalah ye Abai, nanti boleh plan hari lain. Lagipun Tuna dan kak Rose sekeluarga pun tiada. Mungkin boleh diusahakan lain kali. Mudah-mudahan. Kak Z cakap dia tak kisah…..🙂

Wah… rupanya Zidan dari kumpulan Syifa pun ada. Kenapa macam malu-malu pula dia? hehehe… Tapi nampak macam agak keletihan je Zidan. Banyak kerja kot.

Mereka baru je lepas makan masa teman sampai. Ada nasi dan lauk pauk. Bihun dan mee sup pun ada. Wah… tak tahu teman nak makan yang mana dulu. Tapi teman pilih mee+bihun+sup.

Masa makan, Ida Munif dan Bi Isman temankan. Macam-macam topik kami bual,  maklumlah semua pun ibu-ibu cyber… hehhe… wah dah ada facebook rupanya mereka. Cayalah!

Yang tidak tahan gelora tu bila cium bau durian, orang Perak sebelah mak teman panggil doyan. Entahlah berapa ulas yang teman dah makan, walaupun sudah dipesan tidak boleh makan banyak oleh abang. Heehhehe…. Benda sudah ada depan mata, takkan le nak tengok je, kannnnn….

Di sini nanti, teman akan upload gambo ye. Malam ni macam tak sempat sebab ada keje yang perlu diuruskan… Hai tak tido le malam ni selagi tidak siap…..

Ok…. teman ngundor dulu la ye, nanti teman upload gambo tu…. TUNGGGGGGUUUUUUUUUUUUUUUUUU!

Gambo ni telah di’culik’ dari gambo yang diupload oleh Along Syafique di FB (sori ye Along… halalkan segalanya) hehhe

Tunggu sambungannya…..

~ by teratakbicaranoora on July 11, 2009.

10 Responses to “Kak Z! Saya dan Hijjaz datang nak makan… dan berjejak kasih… :) Part 1”

  1. Uwaaa best nya! Nasib baik musim buah2an tiap2 tahun ada, so insya-Allah jika tak bertambah ahli keluarga & takda apa2 yang urgent kami join sekaki. Tungguuuuu! :X

    • hehehe takpe, minggu2 ke depan ni ada lagi kot, takkan nak tunggu tahun depan jauh lagi tuuuu…. hehhee

      tu la korang semua takde, kalau tak musti gegak gempita umah kak z

  2. tq! 4 coming .. nanti dijemput dtg lg k..

    • wah…. time kasih along… insya Allah… semoga ukhuwwah kita semua terjalin selamanya, amin.

  3. Urm… meriah sungguh k.ikin nih… moge kite sokmo2 dpt bertemu..

    • hehehe tq bi sudi gak jengok sini…. nnt leh jd tempat perjumpaan tahunan kita kat umah kak z…. mudah2an….

  4. along dah uploadkan byk kat blog along.. kat situ pun leh amik gmbar lg. hehhe

  5. salam rindu buat k.ana,bila nk dtg umah?nanti kita jln2 cri mkan sama2 hehe

  6. salam rindu jugak buat ida tersayang…. nnt kita jumpa minggu ni ek

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: