Lawatan Kerja ke Terengganu Part 1

24hb Julai 2009…

Alahai, baru sekarang ni dapat nak letak kat blog. Jenuh mencari wayar USB nak upload gambar jadi tertangguh. Syukur jumpa juga… hehehe.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga menjejakkan kaki di tanah Terengganu. Memang belum pernah sampai ke sana sebelum ini. Ada juga rezeki untuk sampai ke sana, syukur ke hadrat Ilahi.

Bertolak ke Kuala Terengganu hari Jumaat malam lepas Isya’. Malam tu tiada aktiviti lain melainkan tidur…. zzzzzzzzzzz

25hb Julai 2009…

Tiba di Kuala Terengganu waktu Subuh. Sempat kami bersolat dahulu di surau berhampiran sebelum mengambil sarapan pagi di bandar Kuala Terengganu (lupa nama jalan). Ada sesuatu yang menarik perhatian saya, iaitu sebuah papan tanda sebuah kedai yang bertulisan Jawi. Dan boleh dikatakan kebanyakan kedai-kedai di situ telah menggunakan tulisan Jawi termasuklah kedai yang dimiliki oleh bangsa Cina atau India.

DSC01803Bagus juga jika semua papan tanda menggunakan tulisan Jawi memandangkan sudah ramai yang sudah terkial-kial membaca Jawi. Satu pendekatan yang baik untuk membiasakan kita menggunakan tulisan Jawi.

Kedai yang masih tertutup ini menarik perhatian saya ketika mencari kedai makan untuk bersarapan awal pagi bersama rakan yang lain sebelum kami bertolak ke Taman Tamadun Islam.

Walaupun keadaan kedai makan Melayu yang kami singgah bersarapan agak sederhana tetapi makanan dan minumannya sangat murah. Cuba bayangkan, harga sepinggan bihun goreng hanya RM 1.50 dan harga segelas kopi O ais hanya 50 sen sahaja. Di Ipoh pun tidak dapat harga kopi macam ini.šŸ™‚

Selepas selesai bersarapan kami bergerak ke Taman Tamadun Islam untuk melawat Masjid Kristal dan replika masjid-masjid seluruh dunia di sini. Nampak real replika-replika itu semua. Sempat juga kami bergambar sebagai kenangan di sana.

DSC01806

DSC01813

DSC01825

DSC01841

DSC01835Ketika sedang berjalan sekitar Taman Tamadun Islam, terbau wangian yang biasa. Tercari-cari apakah bau itu. Rupa-rupanya sekitar tempat itu ditanam dengan pokok bunga Melur yang harum baunya. Patutlah.

Sempat mengambil gambar sambil itu.

Destinasi seterusnya menuju ke Taman Monumen yang menempatkan replika masjid-masjid seluruh dunia. Hendak masuk ke dalam kena beli tiket dulu.

Kami dibawa menaiki tren untuk bersiar sekitar Taman Monumen memandangkan kawasannya luas. Hehehe rasa tidak larat nak berjalan jauh, naik aja kemudahan yang ada.šŸ™‚DSC01860

Disini agak teruja kerana replika masjid-masjid itu dibina amat menyerupai masjid sebenar, termasuklah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ada sebahagian binaan itu dibina agak besar kerana didalam bangunan disediakan tayangan audio dan pameran tentang masjid-masjid berkenaan. Tetapi saya dan sahabat tidak masuk kedalam, hanya mengambil gambar di luar sahaja.

Ketika tren berhenti ke destinasi yang terakhir, kami pergi semula ke binaan yang tidak sempat dilihat dari dekat. Ada binaan masjid yang amat tinggi, ada yang bertingkat dan ada berbagai bentuk yang agak unik. Antara gambar yang sempat di ambil (ini pun bukan letak semua), saya paparkan di sini:

DSC01868

Replika Masjid Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di Jerusalem, Palestin

Replika Blue Mosque

Replika Blue Mosque

DSC01884

~ by teratakbicaranoora on July 27, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: