Perginya sebutir lagi bintang nasyid tahun 80an

Pautan: http://www.hmetro.com.my/articles/AhmadiHassanmeninggal/Article/

KUALA LUMPUR: Pelopor lagu nasyid 80-an, Ahmadi Hassan, 63, meninggal dunia di Hospital Pusat Pakar Al Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur, jam 5.30 petang semalam kerana komplikasi buah pinggang.

BAWA…jenazah Ahmadi (gambar kecil) dibawa ke Kampung Merbau Sempak.

Beliau dikenali ramai dengan panggilan Pak Chat iaitu watak yang dipegangnya menerusi drama radio yang begitu popular pada 70-an, Fajar Di Bumi Permata.

Ahmadi atau nama sebenarnya Ahmad Hassan, dimasukkan ke hospital itu selepas disahkan kedua-dua buah pinggangnya mengecut.

Menurut isterinya, Samsiah Hamdan, 50, sebelum itu suaminya demam berpanjangan hampir sebulan.

“Saya membawanya mendapatkan rawatan di hospital pakar itu dan selepas menjalani pemeriksaan doktor mendapati buah pinggangnya mengecut dan mula mendapatkan rawatan dialisis di hospital itu Ahad lalu.

“Namun, Allah lebih menyayanginya dan kami anak beranak reda dengan pemergiannya,” katanya.

Allahyarham berasal dari Padang Menora, Seberang Perai, Pulau Pinang, meninggalkan tujuh anak menerusi dua perkahwinannya serta lima cucu.

Samsiah adalah isteri kedua.

Beliau berpisah dengan isteri pertama, Hasnah Abu, 61, pada 1985.

Jenazah beliau dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung itu, jam 10 pagi ini.

Selain popular menerusi drama itu, beliau popular dengan lagu Godaan Dunia, Ilahi, Allahu Rabbi, Cubalah Cuba dan Boleh Kata Boleh.

Komen:  Salam Takziah buat Tuna sekeluarga, semoga tabah menghadapi setiap dugaan ini, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan bersama para syuhada serta diampunkan segala dosa…  Amin

AL FATIHAH.

~ by teratakbicaranoora on February 18, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: