Macam-macam ada di Facebook

Facebook amat popular sekarang kerana kebanyakannya ramai yang menggunakannya sebagai tujuan untuk menemukan kembali sahabat-sahabat lama yang telah terpisah sekian lama.

Ada yang berhasrat untuk menyambung kembali silaturrahim sesama kerana Allah jua. Tetapi ada juga yang hanya suka-suka mencari sahabat, bukan kenal pun. Hendak menambah rakan pun tidaklah sesukar mana, hanya klik sahaja menu yang diperlukan. Tapi aneh, ada yang hendak menambah rakan, tetapi hendak kata memang hendak berukhuwwah tidak pula semuanya yang disambung.

Ada juga rakan sekolah dulu yang tidak juga berjumpa-jumpa, maklumlah inilah akibatnya tiada buku yang menyimpan alamat-alamat dan nama kawan-kawan sekolah dulu. Masa itu tidak terfikir akan ada wujudnya Facebook. Dimana agaknya rakan-rakan lama, harap-harap berjumpa juga kami nanti.

Untuk berkongsi apa sahaja maklumat seperti sangat mudah, tetapi hati-hatilah sebab kita semua tahu ianya milik siapa. Setiap aplikasi akan meminta kita mengizinkan data kita dikongsi,  memang tidak jelas apa yang dimaksudkan, setiap aplikasi ada “tol” yang perlu dibayar dulu. Bukan dengan duit, tetapi dengan izin kita sendiri, untuk tujuan apa? Wallahu `alam.

Tetapi ada suatu perkara yang mungkin orang jarang perasan ialah bergurau tanpa hati-hati di Facebook. Sudah berjumpa masing-masing teruja nak berseloroh, tetapi LUPA akan banyaknya mata memandang dan membaca. Di sana ada berbagai ragam manusia. Ada yang suka beramah mesra, ada yang “terlebih sudah”, ada yang iri hati malah ada yang tidak ambil kisah.

IKTIBAR yang kita ingin ambil di sini, bila ada yang bertujuan JAHAT.Mereka bukan sahaja membaca komen orang lain, tetapi mereka menyampaikan pula kepada pihak lain dan boleh diklasifikasikan sebagai “mengadu domba”. Bukan mereka tidak tahu mengadu domba itu berdosa besar. Tegakah mereka jika berlaku perbalahan antara keluarga. Bukankah lebih baik bersemuka dengan orang yg ingin ditegur dengan cara lebih berhikmah, beritahu dengan baik kerana jika kita bertujuan yang ikhlas kerana Allah, kita sepatutnya tahu apa yang terbaik untuk itu.

Apapun, bagi yang hatinya masih ada titik hitam, insaflah… belajarlah untuk mengenali diri kita dulu. Gunalah Facebook untuk menyampaikan tentang Islam ke, berkongsi ilmu yang bermanfaat ke,ikutlah kemampuan yang kita ada. Itu lebih baik.

~ by teratakbicaranoora on November 29, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: