Jangan bandingkan Marwa dengan MJ

pic 1 Seorang yang bernama Marwa el-Sherbini yang sebelum ini tidak pernah dikenali umum, tiba-tiba kisahnya yang paling menyayat hati menjadi liputan di internet masa kini. Perginya seorang mujahidah yang sanggup mempertahankan maruah kesucian seorang wanita melalui tudung yang melindungi auratnya selama ini.

Ikuti sebahagian daripada kisahnya di sini:

Kisahnya bermula pada Ogos 2008 di sebuah taman permainan di daerah Johannstadt, Dresden. Ketika itu, Marwa membawa anaknya Mustafa keluar bermain seperti kebiasaannya. Setelah lama bermain, akhirnya si anak meminta ibunya untuk bermain buaian yang waktu itu sedang dinaiki oleh seorang budak dan sebuah lagi oleh Alexander W, seorang penganggur warga German berketurunan Rusia. Lantas Marwa menyapa meminta izin untuk anaknya bermain buaian. Tetapi permohonan santun itu dibalas dengan penuh cacian dan kemarahan. Bukan sahaja Marwa dimaki sebagai pelacur, teroris, bahkan lelaki berbadan gempal itu berusaha menanggalkan tudung yang dipakai rapi oleh Marwa. Cacian dan makian lelaki ini tidak berakhir di situ tetapi berlanjut untuk hari-hari kemudiannya.

pic 2

Marwa dan suaminya akhirnya menuntut keadilan, lalu membawa kes ini ke muka pengadilan German. Alex telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak €780 atas kesalahan menghina dengan kata-kata kasar dan hasutan perkauman. Ternyata hukuman ciptaan manusia itu tidak dapat mencegah dari berulang perbuatan yang sama atau memadamkan perasaan benci lelaki itu tadi. Alex menyimpan dendam penuh kebencian dari hari ke hari. Akhirnya, pada 1 July 2009 seisi langit dan bumi menjadi saksi akan syahidnya seorang wanita berjiwa mulia lagi berani demi mempertahankan haknya memakai jilbab… Marwa yang tika itu sedang hamil 3 bulan, gugur hanya kerana selembar kain yang dipakai di atas kepala…

Kisah selanjutnya di sini : Perginya Seorang Marwa

____________________________________________________________________________________________

Memang kisah Marwa ni amat menyedihkan umat Islam, tergamak seorang lelaki Jerman yang dirasuk hantu membunuhnya sedemikian rupa. Memang kejam. Yang lebih anehnya di zaman tekonologi semua maklumat dihujung jari, kita hanya mendapat khabar ini bukanlah secara live tetapi agak lewat dua hari seperti yang dikhabarkan. Memang amat ketara di zaman yang dikatakan begitu maju masih lagi umat Islam didiskriminasikan.

Bukan ini sahaja yang ingin diutarakan di sini, tetapi saya pernah terbaca komen mengenai kisah ini juga telah dibandingkan dengan kisah MJ yang begitu meluas diperkatakan.

Umum sedia maklum dengan populariti MJ, sepatutnya tidak perlu dibandingkan kenapa cerita tentang Marwa tidak diperkatakan dengan meluas seperti MJ. MJ lain, dia artis yang sudah bertahun membina nama dan empayarnya, sedangkan Marwa kita sendiri pun tidak kenal insan mulia ini.

Lagi satu pemergian Marwa sendiri sebagai mujahidah solehah, saya rasa tidak wajar untuk dibandingkan dengan MJ yang sudah memang dikenali di seluruh dunia. Kematiannya sebagai syahid juga tidak dapat ditandingi oleh kematian MJ, jadi tidak perlu dibandingkan antara mereka ini. Allah lagi Maha Mengetahui. Siapa kita untuk membuat perbandingan itu.

Sungguhpun MJ meninggal sebegitu juga, siapalah kita untuk menghukumnya kerana Allah jua yang Maha Mengetahui. Macam contoh Allahyarham Sudirman dulu meninggal, macam-macam berita yang negatif kita dengar, tetapi akhirnya semua itu adalah fitnah. Kenapa media tidak membetulkan kembali kisah ini, sedangkan cerita negatif dulu dibiarkan berleluasa diperkatakan?

Sungguhpun Marwa tidak dikenali diseluruh dunia, tetapi dimata Allah itu lebih penting.

Al Fatihah buat Marwa. Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada, amin.

~ by teratakbicaranoora on July 27, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: