J. O.M. Ipoh di Gunung Lang

•May 30, 2010 • Leave a Comment

Awal bulan Mei haritu kami yang berminat untuk menyertai program outing photography J.O.M. Ipoh telah berkumpul di Taman Rekreasi Gunung Lang seawal 8 pagi sepatutnya, tetapi terlewat juga sampai hari itu. Rupa-rupanya masih ada yang belum sampai, suspen jugak sebab ingatkan kami yang terlewat.

Sifu kami, Encik Noorizam Sabran seorang yang agak kecil molek orangnya, tidak kedekut ilmu. Tips yang diberi telah merubah cara saya mengambil gambar. Syukurlah dapat serap ilmu ni walaupun agak terlambat buat saya.

Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya dapat dalam program yang amat berharga kepada saya.

Kilauan cahaya membuatkan saya tertarik untuk dirakamkan.

Tasek di Gunung Lang hendak keseberang kena naik bot yang disediakan…

Fotografer-fotografer begitu asyik, seronok dirakamkan reaksi mereka yang spontan ini.

Reka bentuk Rumah Perak menjadi pilihan sifu untuk kami rakamkan kerana binaan tradisionalnya yang menarik.

Tahukah anda? Fakta mengenai TAUGEH

•May 6, 2010 • Leave a Comment

Fakta mengenai taugeh

Maklumat Pertanian – Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:bumiagro

Fakta mengenai taugeh

Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.o Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukemia.o Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin(canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.o Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)o Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.o Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.o Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.o Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.o Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya!

Sumber pautan : http://kebunwarisan.blogspot.com/2008_04_01_archive.html

Dalam berita harian pun maklumat yang sama : http://berita-harian-online.com/rahsia-taugeh/

Nilai sebuah persahabatan

•April 14, 2010 • Leave a Comment

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri2 sahabat yang baik ? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan

# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Dipetik daripada : Muslim Diary*****

Pautan : http://ibnismail.wordpress.com/2008/08/14/adab-adab-persahabatan-menurut-islam-kejujuran-dan-keikhlasan/

Perginya sebutir lagi bintang nasyid tahun 80an

•February 18, 2010 • Leave a Comment

Pautan: http://www.hmetro.com.my/articles/AhmadiHassanmeninggal/Article/

KUALA LUMPUR: Pelopor lagu nasyid 80-an, Ahmadi Hassan, 63, meninggal dunia di Hospital Pusat Pakar Al Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur, jam 5.30 petang semalam kerana komplikasi buah pinggang.

BAWA…jenazah Ahmadi (gambar kecil) dibawa ke Kampung Merbau Sempak.

Beliau dikenali ramai dengan panggilan Pak Chat iaitu watak yang dipegangnya menerusi drama radio yang begitu popular pada 70-an, Fajar Di Bumi Permata.

Ahmadi atau nama sebenarnya Ahmad Hassan, dimasukkan ke hospital itu selepas disahkan kedua-dua buah pinggangnya mengecut.

Menurut isterinya, Samsiah Hamdan, 50, sebelum itu suaminya demam berpanjangan hampir sebulan.

“Saya membawanya mendapatkan rawatan di hospital pakar itu dan selepas menjalani pemeriksaan doktor mendapati buah pinggangnya mengecut dan mula mendapatkan rawatan dialisis di hospital itu Ahad lalu.

“Namun, Allah lebih menyayanginya dan kami anak beranak reda dengan pemergiannya,” katanya.

Allahyarham berasal dari Padang Menora, Seberang Perai, Pulau Pinang, meninggalkan tujuh anak menerusi dua perkahwinannya serta lima cucu.

Samsiah adalah isteri kedua.

Beliau berpisah dengan isteri pertama, Hasnah Abu, 61, pada 1985.

Jenazah beliau dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung itu, jam 10 pagi ini.

Selain popular menerusi drama itu, beliau popular dengan lagu Godaan Dunia, Ilahi, Allahu Rabbi, Cubalah Cuba dan Boleh Kata Boleh.

Komen:  Salam Takziah buat Tuna sekeluarga, semoga tabah menghadapi setiap dugaan ini, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan bersama para syuhada serta diampunkan segala dosa…  Amin

AL FATIHAH.

Orang Islam tidak sepatutnya mengambil ini

•February 7, 2010 • Leave a Comment

Macam peluntur fungsinya

Sedikit petikan:

History

The first Coca-Cola recipe was invented in a drugstore in Columbus, Georgia by John Pemberton, originally as a coca wine called Pemberton’s French Wine Coca in 1885.[4] He may have been inspired by the formidable success of Vin Mariani, a European cocawine.[5]

> http://en.wikipedia.org/wiki/Coca-Cola

Coca wine
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search

Coca wine was an alcoholic beverage that combined wine and cocaine.[1] The most popular brand was Vin Mariani developed in 1863 by Corsican entrepreneur Angelo Mariani. It was a popular drink at the time.[2]

In Atlanta, John Pemberton, a pharmacist, developed his own cocktail based on Vin Mariani and called it Pemberton’s French Wine Coca. It proved popular among American consumers. But in 1886, when Georgia introduced Prohibition, he had to replace the wine in his recipe with non-alcoholic syrup. The new recipe was similar to, but not the same as Coca-Cola.[2]

At the end of the 19th century, the fear of drug abuse made coca-based drinks less popular. This eventually led to the prohibition of cocaine in the United States, and the removal of cocaine from coca wine as well as Coca-Cola (though coca leaf remained).[2] The drink itself essentially became illegal when its other main drug, alcohol, was banned just a few years later under alcohol prohibition.

http://en.wikipedia.org/wiki/Coca_wine

Dari syarikat arak Carlsberg, lihat sini : http://www.carlsberg.com.my/products/jolly.htm

Dari syarikat arak Monarch Beverage Company

Link : http://www.monarchbeverages.com/company/company-history

TAPI PELIK…. KENAPA ADA LOGO HALAL?

Maklumat tentang makanan syubahah ada di sini: http://syubhah.webs.com/

Info Sihat – Kenali Lemak

•February 7, 2010 • Leave a Comment

JITRA, 6 Feb (HPM)—Terdapat dua jenis lemak dalam makanan iaitu lemak tepu dan tidak tepu.Lemak tepu mahupun tidak tepu sangat ditakuti oleh orang ramai terutama mereka yang mengalami obesiti.

Lemak tepu berbentuk pepejal dan keras dibawah suhu sejuk kerana lemak tepu cepat membeku biasanya daripada lemak haiwan tetapi tedapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan kelapa.

Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolestrol darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Lemak tidak tepu lembut walaupun disimpan didalam peti sejuk.Kebiasaanya daripada tumbuhan terdapat dua jenis lemak tidak tepu iaitu Lemak Mono Tidak Tepu (Monounsaturated Fat –MUFA) seperti minyak zaitun dan minyak kelapa.

Manakala lemak poli tidak tepu ialah (Polyunsaturated-PUFA) seperti minyak bunga matahari, minyak jagung dan marjerin lembut.

Info Sihat – Khasiat Buah

•February 7, 2010 • Leave a Comment

JITRA, 6 Feb (HPM) – Buah-buahan mengandungi komponen yang boleh membantu untuk menangani masalah kesihatan serta memberikan kebaikan untuk mencantikkan kulit.

Faedah yang diperoleh apabila makan buah ialah:

• Mengurangkan risiko strok dan penyakit kardiovaskular yang lain.
• Dapat mengelakkan risiko mendapat kanser usus atau kanser mulut.
• Makan banyak buah-buahan berserat dapat mengatasi masalah sembelit.
• Buah-buahan kaya kalium seperti aprikot, prun, tembikai susu akan mengurangkan untuk mendapat penyakit tulang dan mengekalkan tekanan darah yang naik.
• Buah-buahan kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mengandungi asid folik.