Akhirnya PPSMI dimansuhkan….

Hari ini buka Facebook, ternampak isu ini dibincangkan di Facebook Dr Tengku Asmadi.

Mulut hanya mampu mengucapkan “Alhamdulillah”, keputusan yang sepatutnya dibuat lebih awal lagi. Past is past. Tetapi masa tidak akan boleh diputar kembali.

Rata-rata ramai yang bersetuju keputusan yang dibuat oleh kabinet memandangkan kesan sampingan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar boleh dikatakan membimbangkan kita. Berita malam ini juga menunjukkan carta penurunan kemajuan pelajar-pelajar dalam dua subjek utama di dalam peperiksaan utama Malaysia.

Benar bila ada yang mengatakan Bahasa Inggeris adalah bahasa dunia. Tidak dinafikan banyak kebaikan yang kita boleh dapati bila kita dapat menguasai bahasa Inggeris. Kebanyakan urusan yang melibatkan bangsa asing akan menjadi lebih mudah ketika berinteraksi tentang sesuatu urusan itu.

Namun ada kala sesuatu kebaikan itu, pasti terselit beberapa kelemahan juga. Sama juga keadaannya dengan PPSMI. Memang bagus bila subjek Math dan Sains boleh dikuasai dalam bahasa Inggeris. Tetapi bukan semua pelajar mampu menguasai bahasa Inggeris. Ini yang kita kena beri perhatian sebenarnya.

Di sini kita perlu melihat permasalahan yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar tidak kira di kawasan pendalaman mahupun di kawasan bandar.

Bila anak-anak ini tidak dapat menguasai bahasa Inggeris, mereka menjadi rendah diri, yang malas belajar semakin malas nak berfikir untuk memotivasikan diri. Bukankah ini akan merugikan negara kita yang memerlukan para doktor pelapis generasi baru?

Pengalaman berada selama lebih kurang 9 hari (kalau tidak salah) di Fukuoka, Jepun tahun 1992 dulu, sempat saya mengutip sedikit pengetahuan tentang masyarakat di sana. Untuk berinteraksi dengan mereka adalah masalah utama juga, memandangkan kami tiada pemandu pelancung untuk membawa kami berjalan mengelilingi kawasan berdekatan tempat hotel kami di Tenjin dan kawasan City Hall Fukuoka.

Ketika membeli belah pun, kami terpaksa menggunakan bahasa isyarat walaupun hendak membeli pakaian dalam perempuan. Susah kan? Bayangkan hendak menerangkan itu ini sehingga salesgirl itu faham apa yang kami perlukan. Kelakar tetapi keadaan itu membuatkan saya terfikirkan bahawa orang Jepun seolah-olah mengangkat bahasa ibunda mereka lebih utama. Sedangkan mereka tetap maju di persada dunia terutama di bidang teknologi.

Bukankah itu satu bukti, bahawa bukan bahasa inggeris sahaja mampu menjadi bahasa dunia, sepatutnya kita mencontohi mereka dalam memartabatkan bahasa Ibunda kita.

KALAU TIDAK KITA, SIAPA LAGI KAN?

Dan sepatutnya kita lebih sedih, kerana masih ramai orang Melayu yang tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik, rata-rata bahasa Melayu telah dirojakkan oleh bangsa kita sendiri, seperti contoh yang diberi di atas tadi dan satu lagi contoh yang ketara adalah bahasa SMS. Saya juga masih berusaha untuk menulis dalam bahasa ibunda kita dengan baik, isnya Allah….😀

Sedikit tambahan yang saya kutip dari Facebook Dr Tengku Asmadi, pandangan dan pengalaman seorang guru yang mengajar subjek berkenaan buat renungan kita bersama:

Iryani Bt Shar Effendi juga memberi komen mengenai status Tengku Asmadi Tengku Mohamad:

“setuju ppsmi dimansuhkan….pengalaman saya mengajar di luar bndar (kota marudu sabah ) dan bandar (ipoh) menunjukkan pelajar sama shja sukar memahami sains n mate dlm b.i…mgkin bg ssetengah pelajar ok..tp kbykannya sukar …guru2 juga buang masa menjelaskan dlm bhs melayu selepas p n p dibuat..utk mate bila soalan problem solving..pelajar malas nak bca soalan sebab x paham soalan yg di tanya di dlm b.i…..tetapi setelah dijelaskan dlm bm ramai yg dapat buat dengan btl…..sek saya 100% cina ada guru2 cina di sekolah ajar dlm bhsa cina je x guna b.i coz pelajar2 cina sendiri x paham bila ajar dlm b.i..bahasa ibunda juga digunakan”

~ by teratakbicaranoora on July 8, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: