Al Fatihah buat Mikaeel @ Michael Jackson

Tanggal 25 Jun 2009, hari Khamis bersamaan 3 Rejab 1430 Hijrah… mendengar berita kematian Michael Jackson, 50 tahun, di buletin utama, berita jam 8 malam

Terpana seketika bila mendengar berita kematian Allahyarham Mikaeel (Michael Jackson @ MJ). Rasa seperti baru sahaja mendengar berita dia sedang sakit.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta diampunkan segala dosa, amin.

Michael Jackson ketika sihat dan popular, disanjung oleh peminat-peminatnya. Setiap kisahnya diberi liputan merata dunia. Tetapi anehnya bila dia disahkan memeluk Islam, kita seolah-olah terputus khabar berita kisah hidupnya. Cuma yang terbaru diberitakan bulan Julai ini dijadualkan impiannya untuk mengadakan konsert jelajah di sekitar London yang tidak kesampaian diadakan. Bila tiba ajal, sesaat tidak berkurang, sesaat tidak bertambah. Semua ini didalam kuasa Allah Taala jua.

Kita mungkin tertanya-tanya benarkah berita keislamannya itu?

Mungkin di sana tidak boleh dihebohkan sangat berita gembira ini memandangkan beliau seorang selebriti terkenal sehingga mendapat gelaran “KING OF POP”. Saya anggap berita ini benar kerana saya mendengar buletin utama di televisyen kalau tidak salah sekitar tahun lepas (mengikut maklumat 21 November 2008… wallahu alam)  mengesahkannya tetapi anehnya berita ini kelihatannya tidak diperbesarkan seperti ketika dia sebelum Islam. Nama Islam pilihannya adalah Mikaeel.

Syukur dia telah diberi hidayah oleh Allah, walaupun telah diambang usia, namun yang ketara kehilangannya akhir-akhir ini terjawab dengan berita kematiannya.

Mungkin kita tidak tahu menahu kisah hidupnya setelah memeluk Islam, tetapi kita tahu arwah Mikaeel suka membuat amal kebajikan sebelum memeluk Islam. Mudah-mudahan dihujung usianya, beliau istiqomah. Walaupun bukan urusan kita untuk menilai semua ini tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai satu suntikan contoh sikap yang mulia yang patut ada dalam diri setiap umat Islam.

p/s video di atas adalah petikan ucapan abang MJ sendiri iaitu Jermain Jackson ketika mengumumkan berita kematian MJ yang antara petikan menyebut… “May Allah be with you Michael, always…,” (Moga Allah merahmatinya…)

(secara logiknya ucapan doa ini wajar diucapkan kepada orang Islam sahaja dan saya anggap abangnya yang sedang kesedihan memang memaksudkan tujuan doa ini dituju kepada arwah… Wallahu `alam)

Pautan link blog berkaitan Michael Jackson lagi….

KLIK SINI > WAS MICHAEL JACKSON A MUSLIM?

KLIK SINI > MICHAEL JACKSON IS NOW A MUSLIM

Lagi berita pengislaman beliau:

KLIK SINI > GIVE THANKS TO ALLAH – SONG BY ZAIN BIKHA

Michael Jackson’s body was released to his family late Friday night and was taken to an undisclosed mortuary, the Los Angeles County Coroner’s Office told the news media.

Most of the Jackson family members, including the late pop star’s three children, have gathered at the family compound in Los Angeles’s Encino district, where they are discussing funeral arrangements, a person close to the family said.

A date for the singer’s funeral has yet to be announced, and it has not been determined whether the service will be a private ceremony or a large celebration open to the public.

Jackson was raised as a Jehovah’s Witness, but prior to his death reports emerged that he had converted to Islam. Muslim funeral customs call for a body to be buried as close to the time of death as possible.

Whether private or public, the service is expected to attract massive crowds.

Jackson, 50, died in a Los Angeles hospital on Thursday after apparently suffering a cardiac arrest at home.

SUMBER PAUTAN BERITA DI ATAS > KELUARGA JACKSON MENUNTUT JENAZAHNYA

Abangnya Jermain yang bertanggungjawab mengenalkan islam kepadanya:

KLIK SINI > JERMAIN BERCERITA TENTANG ISLAM DAN MENGENALKAN ISLAM KEPADA MICHAEL

Wallahu `alam.

Sejarah hidupnya penuh ranjau dan hari ini diberitakan pengkebumiannya juga akan dibuat secara rahsia. Tidak pasti kenapa tetapi terfikir di fikiran saya “sukarnya” hidup seorang insan bernama Michael Jackson. Mudah-mudahan dia aman di sana serta dipermudahkan segala urusan. Amin.

Al Fatihah.

~ by teratakbicaranoora on June 27, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: