Kenduri Kawin Dimana-mana
Tengahari tadi, kami sekeluarga bertolak ke Bota untuk menghadiri kenduri kawin saudara sebelah sana. Anak-anak sudah pergi lebih awal bersama atuk dan opah mereka. Saya dan suami diambil oleh adik lelaki yang bertolak dari Shah Alam singgah di rumah kami di Ipoh dan terus bergerak ke Bota.
Dapatlah kami bertemu semula saudara mara di sana yang sudah terlalu lama tidak berjumpa. Sempat bergambar lagi! 🙂
Bercerita tentang kenduri kawin ni, dimana-mana kenduri pun sudah ramai orang menggunakan perkhidmatan katering jenis buffet. Mudah dan senang kerja. Cuma memerlukan bajet yang diperlukan untuk itu sahaja.
Sudah tiba masanya kita umat Islam membuat tranformasi iaitu kenduri kawin hendaklah dibuat secara sederhana dan tidak terlalu membazir tetapi tetap meriah.
Amacam?